Saturday, October 11, 2014

Adalah TIDAK SAMA

 samakah apa yang ALLAH cipta dengan apa yang manusia cipta?
Sama Sekali Tidak..
Jauh panggang dari api, hebatnya segala ciptaan ALLAH, berbanding apa yang manusia cipta.

Tidak dinafikan penciptaan dan kecanggihan teknologi mampu menambah-baikan kehidupan masyarakat sejagat, namun segala kekreatifan, kebijakpandaian, keunikan itu seharusnya dikembalikan dan direnungi bahawa segala-galanya milik ALLAH.
dan dengan izin ALLAH jugalah manusia mampu menginovasi, mahupukan menciptakan sesuatu...

 Dalam bidang sains mahupun perubatan, alat-alat medikal yg dicipta dilihat mampu membantu dalam penambah -baikan kualiti hidup seorang pesakit.
Namun adakah jangka hayat sesuatu alat bantuan itu sama?
adakah fungsinya sehebat yg asal?
tertarik saya pada bidang kardiovaskular yang mana penyakit kardiovaskulkar ini adalah antara leading disease yang boleh menyebabkan kematian. lebih teruk lagi jika sudden death.
kecelaruan penjanaan impulse( arythmia) , aortic stenosis, mitral insufficiency..dan etc..

contoh rawatan mungkin surgeri bagi mitral insufficiency...
valve ataupun injap yg ada pada mitral digantikan dengan (prosthetic valve) aka injap palsu...
Menariknya mengenai injap palsu ini. ye injap ini mungkin berfungsi seperti yg asal. tapi daya tahannya mungkinlah tidak lah sehebat yang asal...
jika valve rosak mahupun menggunakan injap palsu secara tidak langsung menigkatkan kebarangkalian masalah INFECTIVE ENDOCARDITIS.

Ini adalah salah satu contoh mudah,

marilah kita merenung firman ALLAH s.w.t yang berbunyi

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? al-mulk ayat 3
Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). al-mulk ayat 4

ciptaan ALLAH itu tidak ada cacat celanya...

   



Tuesday, May 13, 2014

surat terbuka utk murabbiku dan murabbi -kung fu panda 13/10/13-3/5/14

tiada kata-kata mampu dilafazakan selain megucap syukur atas dipertemukan ALLAH dengan jalan ini, dan atas hadiah ALLAH dengan insan-insan sekeliling...


13/10/2013-3/5/2014 satu usia yg cukup utk kami menyemai rasa kasih dan sayang antara satu sama lain. usrah kali ini aku merasakan tautan jiwa yang lebih mendalam, mungkin sudah hampir tiga tahun aku mengenali apa itu tarbiyah, dan roh ukhwah itu aku merasakan dan mampu menjiwainya di saat ini... sungguh pada kali pertama aku tahu berusrah dgn mereka dan bakal murabbiku..erm speecless...


aku kenal murabbiku as kawan, and seusia walaupun dia berlainan tahun, yelah budak lompat kelas kn and persedian pula setahun, berbanding aku persediaan 2 tahun.


jujur aku katakan saat awal perkenalan pada tahun 1 dia bukan akak yg aku selalu bertempet or selalu bercakap, kalau ikut awal2 perkenalan memang selalu bergeser..hehehe biasalah saya budak nakal and kuat juga memberontak..


P/s.( jazakillah juga saya ucapkan pada murabbi pertamaku 2 org insan yang cukup bersabar dengan kerenahku..p/s:asyik tidur waktu usrah) kalau bosan memang obvious muka bosan. and kalau x suka something terus cakap..opps berterus terang..tp jujur kasih sayang dan kesabaran dan kasih sayang mereka berjaya mencairkan aku..pengisian yg paling aku suka waktu akak buat tadabbur lebah...binatang yg buat aku kagum dengan sifat kerajinan mereka. pada hari lahir yg ke21 aku meminta hadiah patung lebah dari mereka, sebab tengok lebah saya nk jadi rajin macam mereka. patung lebah itu masih setia menemani aku study di meja studyku)..


dan murabbi keduaku seorang yg lembut byk mengajar aku erti kesabaran (tahun 2 aku memang budak yg paling memberontak. lantang, x puas hati terus ckp(p.s kesian pula dengan akak usrah aku waktu tu) tp dia banyak bersabar dengan aku, waktu fasa ni aku pernah berfikir utk xnk usrah dah sbb masalah jiwa..ahhah merasakan akak2 dah tak sayng aku..kih kih  tp bila ada seorng akak yg aku segani p/s : sekarang housemate aku akak ni)
dia ckp..fina boleh je nk berhenti, tp takut ALLAH tak pilih balik) kata2 tu menyentap aku dan menyedarkan aku kembali..


murabbiku waktu aku tahun 3..aku kembali berusrah dengan akak murabbi pertamaku..tp waktu tu sekejap je..tp waktu tahun 3 lah banyak peristiwa berlaku-direct tarbiyah dari ALLAH..


TAHUN 3 dahlah exam susah banyak exam, dapat dugaan, dipendekkan cerita ada seorang budak kelas international ada tb, SO kami satu batch kene screen TB, and accidentally X-RAY aku ada finding, dekat hilar...then doc proceed aku dengan CT scan... 1 bulan hidup mcm org depressed, (p/s: b4 this aku nampak x-ray pesakit je ada patho, ni x ray aku pun ada patho...) sebab lambat jgk nk proceed ct scan 1 bulan asyik nangis exam berlambak. ha waktu tulah tarbiyah, tazkirah mati sentiasa bermain kt jiwa aku..dulu dengar berita kematian as dengar jelah, ha waktu ni dh fikir mati dh..dan kerana peristiwa inilah menggerakkan aku dlm DnT...aku fikir aku tak buat banyak utk islam, bertitik tolak itulah, i will try my best effort for DnT...
dan alhamdulillah ALLAH masih bg peluang utk aku- result CT scan, no pathology. myb scar something batuk yg panjang waktu second year dulu kot..kenapa aku ceritakn peristiwa ini, sebab peristiwa ini turning point dlm hidup aku..


dan after beberapa bulan dar peristiwa ini aku bertukar murabbi, erm murabbi ni byk aku belajar dari dia..walaupun nmpak cmm hate and love relationship, tp murabbi ini sedikit sebanyak mencorakkan aku dalam Dnt.. menyokong aku utk terus kedepan =)


dan pada tahun 4 murabbi ku ini, murabbi kung fu pandaku
hari ini dapat surat cinta dari murabbiku ini..usai membaca surat ini, saya rasa nk tulis surat utk akak.. merakan keikhlasan dan kejujuran dalam tulisanmu itu..dari awAL perkenalan, serius boleh ingat lg byk pertelagahan kami..hehehhe hate relationship..ahhahah  kalau saya first year dulu sy mmg tak nk dia jadi murabbi saya..even second year dulu pun..kih kih usrah dgn akak ni mmg terbaik ah waktu investment..( zaman dulu2 nasib baik x usrah dgn akak ni) hahahah
tapi hebat kan PERANCANGAN ALLAH, akhir2  3rd year ALLAH tautkan hati kami, sbb akak ni bawah rumah saya je satu bangunan, waktu tu study pathoanat selau tido rumah akak ni, and dia ni rajin je melayan celoteh aku..aku ni memang banyak soalan dari soalan belajar hinggalah soaln DnT.. tp sabar je dia dengar..jzkk akak..akak memang pendengar yg baik...dan ALLAH bukakan pintu hati saya, saya berhasrat, harap2 dapat usrah dengan akak ni) ha sebab tu kata jangan tak suka lama-lama sayang =)


buat k.aini =)


Ketabahanmu menjadikan dirimu cukup tinggi di mataku,
kesungguhanmu menjadi motivasiku,
kesabaranmu mengikat hatiku dalam bulatan gembiramu,
nasihat mu terngiang2 di fikiranku, jangan bimbang fina ALLAH kan tunjuk jalan..
setiamu mendengar coletehku mengharukanku..
ok biasalah waktu update diri pun asyik nk qadoya..heheh


k.aini jazakillah k.aini
terharu baca surat k.aini...usrah kali ini membawa makna pada saya.
k.aini maafkanlah saya, andai terkasar bahasa , terbuat muka bosan..heheheh pengisian k..aini tak bosan pun, kadang2 otak saya mudah menerawang..hehe


tulisan saya pada kali ini, muhasabah utk diri ini juga..
menjadi murabbi bukan mudah, tp murabbi juga manusia biasa yg tidak sempurna. dan kita sebagai insan yg dalam Dnt, kenalah banyak bersabar dengan akhowat2. walaupun mereka akhowat mereka bukanlah malaikat yg penuh kesempurnaan.


kata kunci dalam Dnt, BERSABARLAH mendidik mad'umu..walaupun nmpak susah utk menangkapnya...tp siapa tahu dengan kuasa ALLAH hatinya akan terbuka.
hati pun ada kunci, kene gaya terbukalah ...
sabar, sabar, sabar, dan ingatlah jasamu mungkin manusia tidak pandang tapi ada ALLAH yg menilai


Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)


jazakunallah khairan kathira buat murobbi-murobbiku
P/s : dan juga murobbi baru ku =) puannnn.......heheh





Thursday, March 6, 2014

satu tambah satu =?

manusia cenderung  mempercayai sesuatu yg berfakta,  ada bukti, and saya kira unsur paling penting ada statistik...iaitu kiraan dan kajian, saya tertarik dengan kiraan pada Glasgow coma scale dan yg sewaktu dengannya seperti Revised Trauma Score ...
apakah itu Glasgow coma scale...lebih kurang nk akses conciousness patient, example waktu trauma ke accident ke, ada indikator tertentu yg kita lihat seperti pergerakan mata ...pergerakan extremitis .

ini adalah contoh kiraan GCS



 
 
 
 
 
kita tafsirkan berdasarkan jumlah score... yg paling teruk kiranya tak respon langsung dengan kiraan 3...
contoh no response for eye opening response =1
best verbal response also no response=1
then best motor response also no response =1
pada kuantitinya kita lihat mcm xde harapan kn...
 
 
GCS was initially used to assess level of consciousness after head injury
 
tp point saya kat sini manusia melihat pd bukti , pd kuantiti, pada kiraan, kita lihat contoh pada kiraan tiga maksudnya mungkin head injury yg teruk...tp kita lihat pada kaca mata logik akal pd dasar hukum sains.. tp
klu kita tengok pd mata hati iaitu kepercayaan kepada ALLAH..mungkin yg worst itu akan jadi sesuatu miracle...maksud saya mngkin org yg sakit pd sainsnya mcm xde harapan. tp bila kita yakin kesembuhan, keajaiban mungkin berlaku sebab kita yakin adanya pencipta yakni ALLAH.
 
bila saya melihat sendiri siri2 kejadian yg berlaku di sekeliling kita, pengalaman insan2 di sekeliling, bila kita cerita, pak cik ni mcm xde harapan, tp ada yg mampu bertahan, sebab mungkin ALLAH masih memberi nafas yg panajng lg kepadanya. begitu juga kita yg mungkin pada zahirnya sihat, pada kiraan BPnya ok...tp kita mungkin yg bakal meninggalkn dunia dulu berbanding pak cik itu. ni just as example.
 
Dan kalau kita lihat juga pada jumlah soalan oral yg tidak sempat lagi kita cover and revised, mungkin pada kiraan logik begitu..byk x belajar= fail lah kn..tp kita  xtahu pada takdir ALLAH susun, pada Jalan yg ALLAH bg pertolongan,  saat itu harapan berbisik..
 
BILA MANA KITA PERCAYA,
BILA MANA KITA YAKIN,
 
Dan uniknya kiraan ALLAH itu tidak sama dengan kiraan manusia,
example:
 
Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka (bersedekah) pada jalan Allah laksana sebiji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan ganjaran-Nya kepada siapa yang disukai-Nya dan Tuhan itu Maha Luas pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." ( Al Baqarah : 261 )
 
mungkin manusia nmpak apa yg diberi itu satu bende sahaja tp di sisi tuhan berganda-ganda.
 
SELAMAT BERMUJAHADAH, SELAMAT MENGEJAR CINTANYA. SELAMAT MENCARI KEMBALI HATI BASAH...
 
p/s;maaf, kalau ada fakta terlari cket k apa..Wallahuallam, yg baik datangnya dr ALLAH yg buruk datangnya dr saya sendiri.
 
PURPOSE OF LIFE
 
 
zero+zero= cannot be one
video ni by tunjuk bukti, sains semua ada..dan masih butakah kita?
 
 
 
 


Sunday, January 12, 2014

LOBAK, TELUR, DAN KOPI

dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..

tajuk macam nk wat resepi minum petang je =)

apa terfikir di kotak pemikiran anda apabila diberi lobak, telur dan kopi..?

Kalau lah kita diberi lobak, telur dan kopi...
cuba bayangkan lobak itu dicelup dgn air panas...apa jadi ye? kebarangkaliannya akn lembik
manakala si telur direbus dgn air panas maka terhasillah telur rebus..yakni keraslah strukturnya

bagaimana pula dengan si kopiye? bila dibancuh dengan air panas maka terhasillah kopi yg enak aromanya

hai sy lobak






baiklah sebenarnya air panas itu dianalogikan sebagai UJIAN HIDUP

ada manusia bila diuji, munkin terkulai layu seperti mana lembiknya lobak
ada juga bila diuji mungkin jadi kental, keras mcm telur rebus...

and ada juga bila diuji, maka menjadi seperti bancuhan kopi yg enak itu =) yakni ujian itu mematangkan dirinya, dia merasa hikmah di seblaik ujian itu, dan manisnya ujian itu...

ok memang susah nk jadi kopi ni...

tp kan ada org Tanya, kalau terlebih air panas tu mcm mna ye? heheh
alahai tercair lah aroma kopi tu ek..x bestlah kan...

tp kan klu kopi 3 in 1 kan dah ada arahan berapa ml air kene letak..seperti mana si pembuat kopi yg tahu sukatan yg perlu utk menghasilkan kopi yg enak...
begitu juga dengan pencipta,,,no doubt ALLAH, knows setakat mana seberat mana ujian itu utk hambanya,,,

seperti mana firman ALLAH dalam surah al baqarah ayat 286 yg berbunyi

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

sy higlightkan di sini....

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

ye yang terdaya..melainkan apa yg termampu dipikul....





DAN YAKINLAH YAKINLAH BAHAWA





seSungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..ALLAH tekankan lagi, ye sesunggunya sesusah kesulitan ada kemudahan...
Dan janji ALLAH itu pasti....






Wallahuallam...refresh niat...tgk dgn kaca mata tarbiyah

About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~