Saturday, October 11, 2014

Adalah TIDAK SAMA

 samakah apa yang ALLAH cipta dengan apa yang manusia cipta?
Sama Sekali Tidak..
Jauh panggang dari api, hebatnya segala ciptaan ALLAH, berbanding apa yang manusia cipta.

Tidak dinafikan penciptaan dan kecanggihan teknologi mampu menambah-baikan kehidupan masyarakat sejagat, namun segala kekreatifan, kebijakpandaian, keunikan itu seharusnya dikembalikan dan direnungi bahawa segala-galanya milik ALLAH.
dan dengan izin ALLAH jugalah manusia mampu menginovasi, mahupukan menciptakan sesuatu...

 Dalam bidang sains mahupun perubatan, alat-alat medikal yg dicipta dilihat mampu membantu dalam penambah -baikan kualiti hidup seorang pesakit.
Namun adakah jangka hayat sesuatu alat bantuan itu sama?
adakah fungsinya sehebat yg asal?
tertarik saya pada bidang kardiovaskular yang mana penyakit kardiovaskulkar ini adalah antara leading disease yang boleh menyebabkan kematian. lebih teruk lagi jika sudden death.
kecelaruan penjanaan impulse( arythmia) , aortic stenosis, mitral insufficiency..dan etc..

contoh rawatan mungkin surgeri bagi mitral insufficiency...
valve ataupun injap yg ada pada mitral digantikan dengan (prosthetic valve) aka injap palsu...
Menariknya mengenai injap palsu ini. ye injap ini mungkin berfungsi seperti yg asal. tapi daya tahannya mungkinlah tidak lah sehebat yang asal...
jika valve rosak mahupun menggunakan injap palsu secara tidak langsung menigkatkan kebarangkalian masalah INFECTIVE ENDOCARDITIS.

Ini adalah salah satu contoh mudah,

marilah kita merenung firman ALLAH s.w.t yang berbunyi

Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? al-mulk ayat 3
Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). al-mulk ayat 4

ciptaan ALLAH itu tidak ada cacat celanya...

   



About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~