Thursday, January 19, 2012

tawakal..pd apa kita tawakal? tawakal pd mata?

topik ini seringkali, disebut, ketika musim exam menjelang..hehehhehe....
tawakal....adakah kita benar2 bertawakal

apakah itu tawakal?
1. kepasrahan hati di hadapan ALLAH spt pasrahnya mayat di hadapan org memandikannya..analoginya...apakh kita tahu apa yg dilakukan org yg memandikan mayat. Ia membolak -balikkn tubuh mayat seenaknya. begitulh tawakal kita pd ALLAH...katakn pd ALLAH ..YA ALLAH, lakukan semuayg kau kehendaki, aku pasrah dgn seluruh keberadaanku, aku ridha dgn apa yg akan kau lakukan , aku bertawakal kpdMu, krn aku yakin Kau tdk akn menjerumusknku menuju kemadharatan

2.biarlah ALLAH utk berbuat sekehendak-Nya
3.kita rela ALLAH menjadi wakil kita. Relakah kita, ALLAH mnjd wakil kita? Bukankah ktk kita ditimpa musibah kita akn bersandar pd manusia, jika kita bersandar pd manusia dgn hati, ini jelas sebuah kesalahan..tawakal seharusnya kita rela ALLAH menjd tempat kita bersandar. Kita katakn " Aku serahkn (semua urusanku kpdMu, wahai Rabbku)

ALLAH berfirman~
barangsiapa yg bertawakal kpd ALLAH, niscaya Dia akn mengadakn bgnya jln keluar. ( Ath Thalaq :2)

Dan barangsiapa bertawakal pd ALLAH, niscaya ALLAH akn mencukupkn( keperluan)nya. (Ath -Thalaq:3)

Dipetik dr HATI SEBENING MATA AIR~ garapan AMRU KHALID

tawakal itu bkn kerja mudah, tawakal memerlukan kekuatan dalam dr hati..meraih kepercayaan terhadap ALLAH bkn semudah berkata aku yakin dgn ALLAH tp mulut kdg2 mempersoalkn rezeki ALLAH...muhasabah diri utk diri jg...

Kalau kalian bertawakal pd ALLAH dgn sebenar2 tawakal, maka ALLAH memberi rezeki pd kalian spt Dia memberi rezeki kpd burung yg keluar pagi dlm keadaan lapar dan kembali sore dgn keadaan kenyang (HR At turmuzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)


.tertarik sy pd kisah tawakal pd mata....bila ada senior sy ckp, fina pernah dgr x kisah tawakal pd mata? dlm hati..aik??? selama ni aku dgr tawakal pd ALLAH, ni apasal mata plak....

maka akak tu postlh kisah tawakal pd mata..
Di mesir, ada sebuah pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"

"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasasaya tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"

"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.

"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"

"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakal pada matamu."

Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.
Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.

Terdapat 1 pengajaran penting dalam cerita diatas. Syeikh Al Banna mengingatkan Abbas Alisi bahawa jika matanya sihat, mungkin dia akan bertawakal pada matanya dan bukannya pada Allah.

Namun, itulah yang sering terjadi pada manusia sekarang. Kita lebih mengagungkan kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan sesuatu. Kita lupa bahawa pada hakikatnya, Allah lah yang menentukan segala yang berlaku dalam kehidupan didunia ini.


ok...itulh kisahnya..terpukul lh pd batang hidung ni, kita manusia sy sendirilh kdg2 lupa bahawa, apabila kita berjaya dalam exam disebabkn usaha kita..ye usaha satu bentuk pelaksanaan tp yg memberi kejayaan adalah ALLAH maha berkuasa...tp manusia yg tidak lari drp perasaan ego, lupa ...lupakah kamu akan pencipta sekalian alam ?

Friday, December 30, 2011

secebis kenangan, manisnya ukhwah, terkandung ibrah..dr KOTA LONDON~ NEWCASTLE~ EDINBURGH

alhamdulillah~ tidak sia2 percutian selama 9 hari di bumi UK...dr kota london hingga lh ke bumi edinburgh...
persinggahan bermula di kota london..kota yg sgt sibuk. dan tidak pernah sunyi daripada telatah manusia yg bermacam ragam....keindahan architecture sememangnya mampu memukau mata yg memandang... tp bukan itu point utamanya tp semangat ukhwah yg dpt sy rasakan..menumpang di rmh akhawat di sana..tanpa mempunyai sbrng ikatan darah, mahupun pernah mengenalinya, ats dasar kita seagama, kerana islam, kita disatukan..subhanallah, semoga ALLAH membalas jasa kalian..insyaallah..berbanding dgn ragam manusia lain apabila kami singgah di MALAYSIAN hall ternyata, atmospheranya berbeza..ats dasar disatukan satu negara, tiada keindahan ukhwah, malaysian is everywhere so tiada kemesraan, bahkan tiada secebis senyuman menguntum di bibir..bkn salahkan mereka tp mungkin terlalu normal berjumpa dgn MALAYSIAN, so nothing special if u see other malaysian~ tiada keindahan di situ...

demi mencari sebuah pengalaman, kami singgah di sebuah masjid yg bertapak di kota london, jika tidak silap east central london mosque namanya..rata2 insan yg mengimarahkan masjid adalah insan2 berbangsa arab, sempat besujud di masjid itu, menggamit ketenangan jarang sekali diperoleh dalam hiruk pikuk kota..ditakdirkan ALLAH bertemu dgn seorg mak cik, ats dasar islam, seagama, mak cik menjemput kami menikmati sedikit hidangan, ingin menolak tp melihat kesungguhan mak cik tersebut, kami menerima pelawaan...kami mengucapkn terima kasih, apa yg mengkagumkn aku adalah jawapan yg terpancul dr mak cik tersebut
~ DONT THANK ME, BUT THANK ALLAH, it is from ALLAH
masyaallah, begitu sekali fahamnya insan tersebut akan semua rezeki dtngnya drp ALLAH.~

ketika menunggu bas, terserempak mak cik yg berasal dr iran, mambantu kami mencari jalan ke tempat yg ingin dituju, sempat berbual, tersentuh hatiku melihat seorg ibu yg menyatakn hasratnya supaya anknya bertudung seperti kami, ditunjukkan gambar anaknya, ternya kasih ibu yg amat mendalam..~ she said to us~ please pray for my daughter, I want her to wear scarf like u guys..all of u have NUR... terkesan di hatiku...

setelah 3 hari di hiruk piruk kota, perjalanan di teruskn ke kota kecil newcastle tempat org sahabat shahputra belajar...jazakillah sahabat kerana sudi melayan kami..masakan yg enak.. permainan yg menyeronokkan...fitriyani, rozalia, wani dan afaf..jazakillah sgt2..moga ALLAH membalas jasa kalian...

pengisian yg menarik di kota newcastle, dr seorg kenalan, mengupas muqadimah tentang tafsir karangan syed quttub...karangannya yg cukup berpuitis mampu memberi kesan di hati pembaca. dan jg perkongsian dr sahabt mengenai soal berkat...berdoalah supaya kita diberi keberkatan hidup dan kebrkatan masa...seperti mana syed qutub jg pernah mengalami era gelapnya..beliau benar2 faham islam ketika berumur 40 tahun...masa selepas itu digunakn utk berbakti pd islam, walaupun dilihat singkat waktunya bebanding masa sebelumnya tp kerana keberkatan masa yg digunakn utk kerja2 dakwah mampu memadamkn kerugian waktu 40 thun terdahulu.

4 hari berada di newcastle benar2 menggamit memori kami tatkala kami sama2 berjuang di shahputra dahulu..indahnya ukwah itu, manisnya persahabatan itu...saat bermain UNO, bersama2, makan bersama2, bersolat sama2 and shopping sama2..

perjalanan diteruskan ke kota edinburgh..ditemani oleh insan nurhamimah zainal abidin kenalan di sebuah program di MALAYSIA dahulu..jazakillah byk2 awk..moga ALLAH balas dan permudahkn segala urusan..byk historical place yg ditunjukkan kpd kami... I learn a lot from u ~
TIDAK lupa jg pd raihan yg sanggup berkorban wang dan waktu utk sama2 bersam kami di edin..with u the event is more happening...


jazakillah byk2 tidak lupa pd akak yg menjaga kami, k dayah dan k.qibah~

ya ALLAH semoga hati2 kami bersatu keranaMu ya ALLAH~kerana ukhwah itu indah

Friday, December 9, 2011

wahai pemuda~

semalam ber~ keluarga~ hehehhe akak berusrah

erm typical opinion yg selalu terpancul di mulut kiat usrah membuat lingkungan bulatan dan bertadabur, berbincnag soal agama.. siapa kata mcm tu j usrah?

erm terus terng sy katakn sblm sy kenal tarbiah kt cni, sy pun fikir mcm tu jgk..heehhehe..biasalh bdk2~ typical thought..
tp usrah kt cni lain sgt...usrah ibarat sebuah keluarga..ada ibu yg mengambil berat tentang kita, ada ibu yg selalu masakkan utk kita, ada ibu yg sentiasa bertanya khbar kita, ada adik beradik utk berkongsi pendapat dan masalah..

semalam bkn setakat bertadabur, siap membedah movie lg.....hehheheheh SANG PENCERAH~

isu yg sy lihat pd movie ini..tentang perjuangan pemuda utk menegakkan dakwah di tanah tumpah darahnya. dalam melalui liku2 perjuangan pemuda ini jg tidak lari dgn ujian...sehinggakn part yg menyedihkn rmh nya dibakar, tmpat dia menyerbarkn ilmu ...sehinggakan pd satu tahap dia sudah berputus asa~

sehinggakan seseorg meniup kata2 semangat...PEMIMPIN YG BAIK DI MATA ALLAH TIDAK AKAN MENINGGALKAN UMAT~ sgt terkesanlh di hati ini.. bkn senang utk menjadi seorg pemimpin..
bahkan kitalah generasi2 syabab yg bakal menyambung perjuangan islam...adakah kita ingin bersama mengemudi kapal perjuangan ataupun hanya menjadi boneka yg sekadar menonton pelayaran itu??

TEPUK DADA TANYA IMAN~

yg baik datangnya dr ALLAH..yg buruk dtngnya dr diri sy sendiri....

jazakillah ~ usrati...keluarga sy..nice day spent time together~

hehehhe apa2 pun sy tetap sayang keluarga sy kt MALAYSIA...~hehehheheh

Sunday, November 20, 2011

LIVER , hati

every single part in our body is really crucial ..rite? but for this post I want to grab our attention to this organ..LIVER...why LIVER? erm actully msa study PHYSIO, tercome across psl liver, quoted by GUYTON hehehehh~ with few exception almost all blood-clotting factors are formed by liver. Therefore diseases of liver such as hepatitis , cirhosis, and acute yellow atrophy can sometimes depress the clotting system so greatly that the patient develops a severe tendecy to bleed~

erm byk lg fungsi hati, detoxification, glycogen store, decomposition of RBC............

Tp bkn secara saintifiknya ingin sy utarakn , tp HATImempunyai fungsi jauh lebih penting lg..
yakni hati seorang muslim


Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


hati berperanan cukup besar dlm diri seseorg muslim. Walaupun manusia dianugerahkan akal tp hati turut berperanan mengawal diri manusia. Bukan senang utk menjadi insan yg berhati mulia. jauh sekali dgn cabaran2 dunia sekarng.. dgn sikap manusia yg mamentingkan diri, sifat materialistik, berapa kerat sahaja insan yg mampu menonjolkan nilai2 murni .

sedikit penjelasan~ sy copy sedikit dr blog ini
http://siasahdiri.wordpress.com/2009/12/24/mengenali-hati-dan-seketul-daging/

Tetapi hati yang disebutkan Qalbu atau Qalbun itu bukan daging seketul seberat setengah kilo itu sebenarnya. Seketul daging itu hanya simbolik kepada Qalbun tetapi itu bukan hati yang hakiki. Ia hanya sebahagian komponen diri fizikal saja yang berperanan untuk mencernakan diri kita dengan fungsi-fungsi fizik secara biologis.

Adapun apa yang dimaksud hati atau Qalbun yang memiliki berbagai rasa; sedih, hiba, gembira, bahagia, bangga, takut, cemas yang bertindak menjadi stereng itu bukan daging seketul itu. Apa apa yang dimaksudkan dengan hati itu adalah rasa-rasa, perasaan yang menguasai seluruh diri kita itu.

Rasa-rasa dan perasaan inilah yang disebut hati atau pun intipati atau stereng kepada diri kita – hati nurani. Rasa, perasaaan, naluri, semangat, jiwa, keinginan dan apa-apa inilah yang bercantum kemudian menjadi hakiki hati

~ MARI MENJAGA HATI KITA~ sy berpesan pd diri sy sendiri yg sentiasa alpa


Wednesday, August 17, 2011

hidup ini ibarat roda

seringkali kita dgr ucapan ini, tatkala kita gagal ataupun berjaya..analoginya hidup manusia ini bkn berada pd paras yg statik..bab kata seorg sahabat ujian itulah yg mencorakkan lg kehidupan manusia...marilah kita fikir sejenak akn ungkapan hari ini..


MEREKA yg BAIK hari ini, tidak semestinya baik pd hari semalam,

MEREKA yg JAHAT hari ini, X semestinya masih jahat pd hari esoknya,

MEREKA yg berada di jalan dakwah hari ini, x semestinya akn berada di jalan dakwah selamanya.

MEREKA yg sunyi dr dakwah sebelumnya, x semestinya sunyi buat selamanya.

MEREKA yg bencikn dakwah ini, x semestinya benci selamanya.
dan begitulah sebaliknya, mereka yg cintakn dakwah hari ini,
x semestinya cinta akan dakwah selamanya

itulah fasa kehidupan..manusia x tahu apa yg bakal berlaku pd esok nya...soal iman, taqwa, hati, hanya ALLAH yg tahu...tp begitulah kita manusia, dalam meniti bait2 kehidupan yg kadang2 kala mampu merubah hidup manusia sehingga 360 darjah...

mereka yg berada di jalan dakwah, moga ditetapkn hatimu di jalan dakwah. Doalh supaya ALLAH tetapkn hati kita di jalan ALLAH~ ameen

a reminder for me and us~





Monday, August 15, 2011

mcm mna belajar dkt czech republik????

selepas melihat post seorang sahabt belajar kt USM-KLE india...rsa iri hati jugk tgk accomodation yg best..hehehehhe compared to palachova~ but palachova is still a nice place for me.... erm basically mmg org ckp belajar kt cz ni sgt susah...smpaikan ad senior yg sy jumpa kt WOW (wonderful oversea week ) ckp if u can survive studying in czech republic you can survive kt mana2 pon..hehehehhehe

terus terang sy ckp mmg lh susah belajar medic tp kt mana2 pun susah kn..nama pun medic... yg menambahkn lg kesakitan bljr kt cz ni sistem exam yg oral..hehheheh...relax2 jgn gelabah..mmg rsa susah kn..tp jgn pandang pd sudut negatif..jom kita view sudut positif nya...dh kalau oral mmg otak kita kena speed up lh fikir about that question rite..nk2 kalau question on the spot..tp cuba fikir mcm mna korang jd doc nnti..u cant waste even a single second rite? u have to made such a quick decision...so menjawab exam oral adlah sebagai medium utk melatih kita mnghadapi situasi genting...kt cni jg depend on nasib..nasib kt cni mean rezeki ALLAH.... bayankan ad 200 soalan anat, awk kna draw satu piece paper yg ad triplet question, nasib ko lh ko dpt question mana kn...tp kt cni pengajaran yg diambil adalah tawakal pd ALLAH.. masyaallah, duk kt cni barulah sy sedar akn konsep tawakal yg sebenarnya..myb klu exam written kita x kn rsa setawakkal exam oral.

maka bertawakallah kamu kpd ALLAH menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah, dan infakkanlah harta yg baik utk dirimu. dan brng siapa yg dijaga dirinya dr kekikiran, mereka itulah org2 yg beruntung (at-tagabun 16)


and setiap week ad microtest.... microtest ni writen ek..ad 5 or 6 question..dan kita akn diberi gred utk result kita..end of semester results ini akn dikumpul...at least 60% from the test kita kena pass....heheheheh nma j micro tp heheheh penting sgt..B4 masuk practical anat or histo student kena jawab microtest berkenaan topik yg bakal diajar dlm klas practikal hari itu...tp sblum tu kita dh bljr tajuk tu dlm lecture..just kita nk sharpen lg kn...so kita kena prepare lh b4 masuk practical tu..x de lh ternganga kita ntah apa yg kita beljar..x ke rugi nmanya tu..hehehheheh tp ternaganga tu biasalh byk sgt input...so sistem test mcm ni mengajar kita konsep continuos learning...being a medical student is a continuous learning process rite..x kn masa final bru ko nk pulun semua tu...haru biru jdnyer..so msa final at least awk repeat j apa yg awk dh study..x de lh rsa beban berkil02 kt kepala tu...ehheheh

sistem belajar kt cni mainly traditional dgr lecture...tp practical pun ad...histo tgk slide..best..dinasihatkn duduk lh dekat barisan depan...microscope power ...sy yg sebelum ni x pandai gna microscope..(wat malu j ) dh berkemahiran lh cket gna microscope tu...berkenaan slide ni..dlm satu sem ad dua slide test....slide semua kita dh beljar ..lecturer akan bg satu slide kt kita , so kita kan view under microscope..kna guess tu slide apa..skin k, duodenum k, ovary k..apa2 lh...then present apa yg ad dlm slide tu..so msa practical bljr betul2..lecturer ckp lh slide ni mcm mna..apa ciri2 dia....ni pun oral kdg2 lecturer tanya lh jgk beza slide ni dgn slide yg myb seakan2 sma..conton apa beza young placenta dgn matured placenta.. contoh beza palatine tonsil dgn lingual tonsil

anat plak, practical locomotor mmg kita akn engange dgn mayatlh..hehehe..lecturer sgt baik..msa lecturer bincang dlm lab..dgr betul2..GIT, internal organ semualh best..dulu sy x nk jd doctor pun tp bila beljar medic ni, alhamdulillah minat tu dtng dgn sendiri nya.. erm msa summer kiat diberi peluang disect mayat...mayat yg fresh lg..kita diberi pilihan nk wat part apa...stomach and pelvis k. thorax k. heand and neck k..lower limb k. upper limb k..maka dissectlh mayat tu....experience yg menarik..walaupun mayat x sbyk india tp still ad peluang dissect..it is still good..

erm asyik part belajar j..ni part environment plak, suasana yg kondusif utk blajarr....winter yg best...snowflake yg cantik, ,erm makanan halal susah, so kita bolehla asah bakat memasak..hehehhehe bekalan ayam halal ad dijual dkt masjid or albert..tp albert tu jarang2 ad...kos hidup rsanya mcm MAS...boleh tahanlh..duit MARA bg jgn bimbng cukup j...

the best thing about being hradec kralove or czech republik..ukhwah yg terbina sgt indah..senior sgt baik...jgn bimbng buli2 xde..hehehheh..seiously rsa selesa dgn persahabatan yg dihulurkn oleh akak2...ukhway yg terjalin kerana ALLAH sgt manis... masa winter nnti ada I-GAMES antara 3 buah uni dkt cz..hradec kralove, prague, olomouc...msa ni boleh lh berkenalan k..enjoy2 cket..hehehhe...


yg penting percaya bahawa ALLAH tahu apa yg terbaik utk kita....Perancangan ALLAH cukup indah..ALLAH bawa kita kt mana2 pun, ALLAH pasti akn tolong kita melaluinya..insyaallah~



setakat ini shj post ini..yg baik dtngnya dr ALLAH , yg buruk adalah kelemahan sy sendiri...

Thursday, July 21, 2011

satu keinsafan~

Alhamdulillah~ selamat sampai k KLIA~
pelbagai cerita dpt ku coretkan buat catatan kali ini.
kisah perjalanan dr prague k dubai kali ini agak mencabar~ situasi cemas menyelubungi seluruh kabin~ safety seat perlu dipakai most of time..
after perjalanan hampir berusia dua jam tiba2 kapal terbang boeing terumbang ambing, sedikit menerjah ke depan seluruh isi pesawat, hampir tehuyung hayang badan penumpang~ aku sebelum ini x pernah ,mengalami situasi begini, berdebar bukan kepalang. terfikir adakah ajalku sudah tiba? bersediakah aku utk menemui yg esa? terdengar suara2 mak cik2 arab bertakbir, mengucap x kurang juga isi penumpang lain yg bertempik.. alhamdulillah perkara itu x berlanjutan panjang, mungkin dlm 5-7 minit sahaja~ tp byk ibrah yg boleh kita ambil drp situasi di ats` akak senior ku yg satu flight dgn aku berkata~ mungkin ALLAH nk timbulkan ketakutan dalam hati manusia supaya kita sentiasa mengingatiNYA..INSYAALLAH~ yelah manusia ni lalai ..al-insan dlm bahasa arabnya sendiri diterjemah drp perkataan lupa~

ALLAH lah sebaik2 penolong manusia~

memetik surah al-imran ayat 160 yg berbunyi

Jika ALLAH menolong kamu, maka x ada yg dapat mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan ) maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah kepada ALLAH sj orang2 mukmin bertawakal~

next stop KLIA~ kt cni ALLAH mentakdirkan jumpa mak cik2 yg bakal menunaikan umrah dgn haji~ bersembang lh dgn seorg mak cik ni..timbul bibit keinsafan di hati... tanya dia mak cik dtng sorang j k? mak cik jawab ye.. x nk susahkan saudara kt cni.. anak mak cik mcm mna? anak mak cik sibuk..walaupun tenang mak cik itu menjawab jauh di lubuk hatinya aku tahu dia sensitif. dia ckp dia nk berpuasa kt mekah suasananya meriah, klu kat MAS x de siapa2 dia sorang j kt rumah..dia cakap waktu inilh kalau boleh nk kutip amalan selagi mampu...

aku terfikir mcm mnalah aku nnti bila besar? adakah aku mampu melaksanakn tanggungjawab sbg anak dgn sempurna~ wallahuallah..persoalan ini hanya ALLAH yg tahu dan jawapan ini kalau aku inginkan jawapan yg terbaik akulah yg kena didik aku dr sekarng~ INSYAALLAH

Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik )kepada kedua org tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yg bertambah-tanbah, dan menyapihnay dalam usia 2 tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua org tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu~
31:14

semoga bermanfaat~ INSYAALLAH


About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~