Tuesday, November 10, 2009

kerana emosi

terbaca i luv islam.com
erm pasal seorng gadis
kerana emosi akal tidak berfungsi

common thing for a girl
ditinggalkn pakwe..
punyalh perempuan tu sdey
telan penadol berbiji2
ni kisah perempuan tu..
huhu copy paste from i luv islam.com

Saya bercinta dengan seorang pemuda dalam satu kisah yang panjang…” gadis itu memulakan cerita

“Kami menemui keserasian sejak dari umur kanak-kanak. Kami bersekolah tadika sama, sekolah rendah dan sehinggalah peringkat menengah.” Ceritanya lancar sekali seperti menjeling zaman lampaunya yang indah semerbak.


“Saya tahu dia tercipta untuk saya…Saya pula tercipta untuknya.” Begitu puitis ceritanya seperti lagu-lagu cinta.


“Saya pasrahkan diri untuknya. Saya hanya ada dia bagi masa depan saya. Dia juga begitu, kami bersama meniti hari buat memadu ikatan berkekalan. Gerbang perkahwinan.” Ujarnya tersusun dalam irama sedikit yakin.

“Namun….apabila selesai SPM, keputusan peperiksaan saya teruk tetapi dia berjaya melanjutkan pelajaran ke university.”

“Di sinilah bermula segala-galanya berubah. Hari demi hari mendatang dia telah jadi orang lain, saya seakan-akan tidak mengenalinya sama sekali.” Dia seperti akan menangis bagi mengakhiri bicaranya.

“Memang pada permulaan berjauhan, setiap saat kami berhubungan melalui telefon. Kerinduan bagai badai yang mengaramkan kami dalam samudera rindu.”

Sekali lagi dia berpuisi menghirup nafas yang dalam bersama memori terindahnya.

“Tidak lama kemudian saya merasakan ada sesuatu kelainan apabila dia mula menyepi. Begitu sukar untuk menghubunginya, saya tidak tahu apa nombor telefon barunya.”

Wajahnya bertukar merah, air mata mula mengalir dari kelopak matanya.

“Akhirnya saya dapat tahu dia telah punya orang lain dalam hidupnya sedangkan saya di sini terpanggang menanggung derita keseorangan.”Esakannya kian kuat.

“Pada suatu hari dia datang berjumpa saya dan secara rasmi memberitahu bahawa kami bukan pasangan yang sesuai. Perhubungan yang kami bina bertahun-tahun seperti tiada apa-apa makna dan diputuskan begitu saja.”

Kekecewaan jelas terpancar pada utas-utas bicaranya.

“Selepas pertemuan itu saya menghabiskan masa menyendiri, berfikir tentang diri sendiri mengingat memori indah serta sembilu yang disayat-sayat kepada hati saya yang begitu menyakitkan. Saya tidak menemui selain daripada kesakitan yang sangat dalam, hidup saya telah musnah, saya tidak punya masa depan lagi. Saya tidak perlu hidup lagi.”


ok...pendapatku lh

mengapa perkara ini sering terjadi???

first mestilh kerana kurangnya didikan agama

kedua msti sbb syaitan kuat menghasut..syaitan mmg kreatif menyesatkn manusia

kurangnya pergantungan pd ALLAH

kurangnya motivasi diri

SO AKU NK AMIK PENGAJARAN LH DARI KISAH INI

jgn kerana seorng lelaki
hidup kita tergadai
jgn terlampau berharap krn at the end of the day..kita mgkin kecewa
hargailh apa yg kita ada
mngkin ada insan lain lg yg menyayangi kita..parents, family,..friends
semoga kita semua cekal dan tabah menghadapi dugaan
dan nauzubillah moga dijauhi perkara buruk sebegitu

p/s: ALHAMDULILLAH aku masih lg bernyawa walaupun pernah kecewa spt perempuan di atas..rite now..nk depend dgn diri sendiri.. i m happy with my life without a special guy besides me..huhu..take it positively...i m independent..yeah...kekecewaan tidak mengajar kita untuk jatuh sebaliknya utk mengajar kita agar tabah dan belajar untuk bangkit dari sebuah kekecewaan

appreciate what u have..done
smile..huhu





No comments:

About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~