Tuesday, February 7, 2012

jom berusaha~ jgn lemah

sedangkan burung lg berusaha demi mencari sesuap rezeki apatah lg kita insan yg bernama manusia dianugerah segala kudrat dr ilahi.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan~ surah al-rahman

seharusnya segala kudrat dan tenaga yg dikurniakn maha besar dicurahkn demi mencapai matlamat diri mahupun duniawi ataupun akhirawi....

tatkala kegagalan pernah menimpa sendiri, sehingga jatuh terduduk berkali-kali..sehinggalah persoalan menerjah diri, masih adakah peluang untuk bangkit kembali?

tp perancangan ALLAH itu maha hebat, seperti mana sebelum terbitnya sinar pelangi sudah tentu ada gerimis hujan yg mengiringi..

sedangkan telah termaktub kemas dalam lembaran surah al-insyiraah
Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan,
Apabila engkau
telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan
yang lain),
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah
.


begitulah kehidupan insan, sepertimana pepatah ada menyebut, hidup ini ibarat roda, sekali di atas tidak bererti anda berada di ats selamanya, dan seandainya anda berada di bawah,, dr bawahlah anda belajar mendaki utk mencapai ke puncak..

andai putus asalh pilihan manusia, sudah tentu x akan ke mana, andai menyerah sebelum berjuang, sudah tentu lemah terkulai layu, andai anda terus larut dalam kesedihan tidak mustahil gerimis akan berpanjangan..

seandainya dirasakan mehnah dan tribulasi yg dianugerahkn merentap jiwa , sabarlah ,pandanglah pada sekeliling, hakikatnya masih ada insan yg kurang bernasib baik pada diri. masih ada yg tidak mampu berjalan sempurna, bahkan masih ada yg dibelenggu kedhaifan, bahkan masih ada yg cacat anggotanya.

ya, tapi kita hanya insan yg lemah, seringkali tewas dlm pertarungan nafsu, seringkali kalah daam godaan syaitan, tp itu bukan bererti kita harus tewas buat selama2 nya...
kerana kita masih ada sang pencipta yg sentiasa bersama kita . berdoalah kepadanya dgn setulus2 doa...carilah ALLAH di mana ALLAH di mata kita?????? di langit, di bumi ??? hakikatnya ALLAH perlu ada di hati kita...bkn mudah utk meletakkan ALLAH di hati, berpesan pd diri yg sentiasa lemah...

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran) 2:186




yg baik datangnya dr ALLAH yg lemah datangnya dr diri sendiri.

semoga ALLAH permudahkn urusan sahabat2, senior2, dan tidak lupa jg pada junior2...dan pada diri sy sendiri...

exam mode. =)

1 comment:

Fathin Aina said...

Alhamdulillah dah bleh post comment!! :D

MasyaAllah fina..jazakillah khoir dear utk peringatan ni..terketuk diri sendiri yg selalu terlupa utk mensyukuri apa yg Allah dah beri pada kita..

Dan Allah itu selalu ada...kita je yg selalu lupa utk mintak pertolonganNya..huhu...

Lots of huggggssss from bumbung raudhah :)

About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~