Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali-Imran, Ayat 139)
sweet kan ayat ALLAH ni...ALLAH pujuk hambanya dgn bait2 kalam yg sgt menenangkn..
La takhof Wa la Tahzan Innalaha maa'na~ Jangan takut jgn sedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita..ye ALLAH bersamamu setiap langkahmu...malah aturan kehidupanmu jg adalah dari yg ESA..manusia hanya merancang namun ALLAH jualah yg menentukan...
di saat kesibukan exam final, dan mngkin kadang2 kita terpatah semangat, terkulai layu, hilang momentum. kembalilah pd sang pencipta..mungkin siri2 kelemahan dan kesedihan kita itu adalah signal dr yg esa supaya signal kita kembali terarah kpdNYA..bkn pada dunia semata2..kadang2 sy sendiri terlalu memikirkan apa yg bakal terjadi, nasib exam oral sy, sedangkan masa depan bknlh di tangan kita..tp selagi kita mampu berusaha kita buat part kita...the rest leave to HIM =). Dan sudah tentu doa itu sendiri senjata mu'min ..
ketika berbulatan gembira , diilhamkn ALLAH maka bertadaburlh kami ayat -al quran yg sungguh indah surah Taha ayat 13-51...
mmg kene pd situasi genting exam ni..tertarik sy pd kisah nabi musa , tercatat kemas dlm lembaran sirah kisah nabi Musa dan firaun...dan bagaimana siri -siri tarbiah yg ALLAH hadiahkn pd nabi Musa ini...mengimbau kembali sejarah kelahiran nabi Musa, di mana ibu baginda menghanyutkan baginda ke sungai.. surah taha ayat 39
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
..lihatlh bagaimana si ibu tawakalnya pd sang pencipta, yakin bahawa ALLAH yg esa akn menjaga anak tersayang..cuba byngkn situasi hati seorang ibu, melepaskn anak yg dikandung sembilan bulan dan dihanyutkn..tanpa tawakal dan kepercayaan sebenarnya pd yg esa, mustahil seorang ibu mampu melakukan perkara yg sebegini memilukan..ALLAH jg mengilhamkn ibu baginda utk menyusukn baginda sebelum dihanyutkan ke laut...
Dan baginda dipungut oleh isteri firaun..
..apakh significant, penyusuan baginda oleh ibu baginda? apabila diberi susu selain dr ibunya, baginda tidak menerima susu tersebut.lalu saudara perempuan baginda mencadangkn kepada isteri firaun ibu baginda supaya menjadi ibu susu kpd baginda.
p/s berdasarkn surah Taha ayat 40 :
"Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan wahai Musa!
Begitulah juga dgn kehidupan kita ini...ada ujian yg melanda, dan setiap ujian itu ada ibrahnya tersendiri
wallahuallah, yg baik datangnya dr ALLAH yg buruk dtngnya dr sy sendiri
Moga ALLAH permudahkn urusan kalian.. bitaufiq wa najah =)
No comments:
Post a Comment