Sunday, December 15, 2013

M.A.T.L.A.M.A.T

goal, matlamat, tujuan ....kita seringkali mendengar perkataan ini bukan...kalau zaman sekolah dulu matlamat kita nak dapat straight A dalam SPM, berjaya dalam bidang kokurikulum atau kurikulum. ada juga yang menasarkan matlamat supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Matlamat manusia berbeza-beza , kadang2 matlamat manusia ditentukan oleh faktor persekitaran, keadaan dan sebagainya.

Marilah kita merenung kembali, asal usul kejadian manusia. Tercatat kemas dalam lembaran al-quran  dalam surah al-mu'minum ayat 12-14 yang berbunyi.

12 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal)     dari tanah,
13 Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)
14 Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah ,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang- belulang. Lalu tulang-belulang itu Kami bugkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik”.

 Jelas sekali penciptaan manusia ini sangatlah kompleks dan unik.. adakah penciptaan yang sangat hebat ini, diciptakan tanpa tujuan dan sia-sia? logik akalnya sudah tentulah penciptaan yg hebat ini bertujuan utk sesuatu yg besar malah berat peranannya. Analoginya, sebuah mesin yg banyak struktur binaan dan kompenannya sudah tentu digunakan untuk banyak fungsi berbanding dengan pisau yang mana strukturnya lebih simple..

  Sesungguhnya beratlah tanggungjawab manusia ini, seiring dengan penciptaanya yg kompleks malahan unik sekali. Manusia diciptakan untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ALLAH. 

No comments:

About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~