Sunday, December 15, 2013

Batu bata dan kita?

dengan nama ALLAH yg maha Pemurah lg maha Penyayang

  Apakah batu bata? budak tahun 1 pun boleh jawab..hehe.secara generalnya bolehlah disimpulkan batu bata adalah salah satu bahan asas dalm pembinaan sesebuah bangunan. apa kaitannya batu bata dengan kita? ada je..=) kalau tengok proses pembuatan batu bata ini , batu bata ini terhasil dari batu liat dan dibakar sehingga menjadi kemerah-merahan, dan begitu juga kita dalam kita menghadapi kehidupan kadang2 kita terguris, terlempar dan pelbagailah. sebelum kita menjadi siapa kita hari ini kita dilentur, dan samalah seperti batu bata yg pd asalnya tanah liat dan dibakar, melalui proses2 tertentu..jeng-jeng maka jadilah si batu bata.

jangan lupa si batu bata ini asas bg pembinaan, jika kukuh asasnya maka kukuhlah strukturnya..tidak lupa juga pada kawan si batu bata yakni cerucuk, ha kalau byk cerucuk lg lh mantap dan kuat struktur tu. tp utk memasang cerucuk ni dan asas ni, mengambil masa yg sangat panjang...ye masa yang panjang..begitulah juga tabiat dakwah ini yang mana sifatnya panjang, dan susah. ha nk jatuh cinta pada sesuatu kenelah tgk pada sifatnya. dah jatuh cinta pd DnT?

bolehlah kita analogikan batu bata ini seperti individu musim..asas yg pertama utk menaiki tangga sehinggalah ustazyatul alam.


la jauhnya nk sampai paling atas tu...ye memang jauh, jauh sangat pada teori dan praktikalnya...sebab tu lah kena sabar buat kerja. usaha..aish kata cita-cita besar kalau usaha sejemput memang tak mampulah kan nak sampai puncak nun jauh di sana..
mari kita menyusuri sedikit lembaran sirah mengenai pernag khandaq..aka perang parit

Mengapa disebut Perang Parit? Pasalnya dalam perang tersebut kaum muslimin menggali parit yang digunakan untuk perlindungandi perbatasan kota Madinah. Ini sesuainya dengan sarran yang diberikan sahabat Nabi dari Persia, Salman Al-Farisi. Menurut Salman, dengan dibuatnya parit di perbatasan, maka pasukan musuh akan terhambat. 

Proses penggalian parit memakan waktu hingga enam hari. Namun ketika proses penggalian itu dilaksanakan,Salman dan kaum muslim lain menemukan batu putih yang sangat besar dan keras. Karena tidak mampu memecahkan batu tersebut, akhirnya mereka memanggil Rasulullah SAW. Nabi pun segera datang dengan membawa kapak. 

Pada pukulan pertama, batu itu pecah sepertiganya dan mengeluarkan kilatan cahaya dari arah Syam. Hal itu diramalkan oleh Nabi Muhammad sebagai isyarat penakhlukkan Syam (Suriah). Pada pukulan kedua, sepertiga lagi pecah dan mengeluarkan cahaya dari arah Persia. Hal itu diramalkan oleh Nabi Muhammad sebagai isyarat penakhlukkan Persia. Pukulan ketiga memecahkan sepertiga sisa batu tersebut dan memancarkan cahaya dari arah Yaman. Hal itu diramalkan oleh Nabi Muhammad sebagai isyarat penakhlukkan Yaman.
kita lihat mukmin pada ketika itu kecil, bilangannya, islam waktu itu tidak berkembang pesat lagi, dan kalau ikut logik akal mampu ke nk takluk 2 tamadun hebat di dunia pada saat itu? tp sejarah membuktikan islam itu mampu sehingga kita pernah menguasai 2/3 dunia..melalui kaedah sulbah, individu muslim yg rasulullah s.a.w bina...ye individu muslim inilah, campaklah mereka walau ke mana tetap menghasilkan sesuatu yg hebat.

Betapa pentingnya pembinaan individu muslim ini, walaupun lambat insyaallah janji ALLAH itu pasti...

namun, mungkin ada yang berpendapat alah lambatnya gerak kerja macam ni, umat tengah tenat ni, sampai bila nak tunggu..

.ye,sebab itulah kepelbagaian gerak kerja itu..ada yg bergerak kerja menyentuh aspek yang lain...insyaallah matlamat kita sama..
analoginya kita ingin mencapai destinasi yg sama, ada yg naik bus sani, ada naik kereta, ha ada jgn amik flight. tp its ok..walau jalan berbeza destinasi kita sama...

insyaallah kita nak bawa orang pada ALLAH bukan pada jemaah..wallahuallam...salinglah kita berlapang dada... umat tengah tenat ni, harus pergiatkan lagi usaha. ALLAH tengok pada usaha kita.. ingat jalan dakwah itu panjang, berduri, xenak pun...tp itulah hakikatnya..kerana dunia ini hanya persinggahan semata-mata. akhirat jua yang abadi

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahuinya.”(QS. Al Ankabut 64)

yg baik dtng dr ALLAH yg buruk ats kelemahan diri...wallahuallam



 

M.A.T.L.A.M.A.T

goal, matlamat, tujuan ....kita seringkali mendengar perkataan ini bukan...kalau zaman sekolah dulu matlamat kita nak dapat straight A dalam SPM, berjaya dalam bidang kokurikulum atau kurikulum. ada juga yang menasarkan matlamat supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Matlamat manusia berbeza-beza , kadang2 matlamat manusia ditentukan oleh faktor persekitaran, keadaan dan sebagainya.

Marilah kita merenung kembali, asal usul kejadian manusia. Tercatat kemas dalam lembaran al-quran  dalam surah al-mu'minum ayat 12-14 yang berbunyi.

12 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal)     dari tanah,
13 Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim)
14 Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah ,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang- belulang. Lalu tulang-belulang itu Kami bugkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik”.

 Jelas sekali penciptaan manusia ini sangatlah kompleks dan unik.. adakah penciptaan yang sangat hebat ini, diciptakan tanpa tujuan dan sia-sia? logik akalnya sudah tentulah penciptaan yg hebat ini bertujuan utk sesuatu yg besar malah berat peranannya. Analoginya, sebuah mesin yg banyak struktur binaan dan kompenannya sudah tentu digunakan untuk banyak fungsi berbanding dengan pisau yang mana strukturnya lebih simple..

  Sesungguhnya beratlah tanggungjawab manusia ini, seiring dengan penciptaanya yg kompleks malahan unik sekali. Manusia diciptakan untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi ALLAH. 

Saturday, November 24, 2012

lets wake up !

dengan nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG....

sejak tahun 3 every monday, sy dan sahabt2 ada kelas PE physical examination in Internal medicine...dan satu hari rakan sekelas sy bercerita yg patient diaorg bakal examine ~ has sudden death due to cardiac arrest...and that day they learn how to control their expression and emotion..then one of senior comment, But even a sadder truth is that, U'll kinda get used to it and bile dh terbiase -- cam x rase pape dah..  see perasan x situasi, ..dh alah, dh terbiasa jd disebbakn terbiasa ni kuranglah emosi dan empathy pd peristiwa tersebut..

dan pada satu tahap, when doctor ask us to diagnose the patient..why the breathing sound is like that, and the doctor showed us about the obstruction of the bronchus...
kami sibuk memikirkan etiology, why obstruction and why? to our surprised it is a solid tumour. tp pada waktu itu kami cbuk memikirkan fakta sehingga kami terlepas pandang iaitu empathy..after solat kawan sy ckp perasan x kita td, kita x  fikir pun mcm mna perasaan patient living with tumour.. sbb kita terlampau memikirkan fakta sehingga kita mengenepikan perasaan buat seketika.
.sometimes its good, u have to control your emotion but sometimes we have to put ourseleves in patient situation.. we as a doctor not just treat a human beaing as a human with body and disease but as a whole part filled with soul and emotion..kalau kita tgk berapa kerat j doc yg sanggup lend their ear to patient? and how long duration they talk to patient? ni lecturer psycho yg tanya ..thats the reality some of doctor lack of communication skill and understanding..

point nya...kita yg memilih kita nk jadi mcm mna? choice is yours

sebagaimana isu palestine, syria, gaza...kita memilih sama ada utk menjadi si sensitive ataupun si desensitive? 
mungkin pada satu tahap,ada yg sudah terimmune sesitivitinya pd isu gaza, palestine...sbb dh biasa, so mcm tulah..dan sedihnya ada yg x sedar..klu kita tgk sebenarnya ada segelintir di sekeliling kita mngkin negara kita sendiri, tanpa menyedari isu besar ini...so peranan kita yg faham, sedarkan mereka yg terlena...walau sekecil2 usaha tetap dipandang yg esa...ye kita sememangnya tidak mampu mengangkat senjata tp kita masih mampu memberi senjata terbesar umat islam yakni DOA...ni pesanan utk diri sendiri jg...ya DOA...berdoalah selagi mampu.. dan binalah islam dalam dirimu maka akan tertegaklah islam di tempatmu... BOIKOT, tell others, ada yg x tau, ada yg terlepas pandang, ada yg x faham..see dunia ni variasi , pendekatan setiap manusia pun berbeza...buat lah apa sekalipun utk kebaikan islam. buatlah selagi mampu..dan percayalah ALLAH will help you in his beautiful ways..

mujahadahlah... pesan utk diri sendiri yg selalu alpa.

yg baik datang dari ALLAH yg buruk datang dr saya sendiri... wallahuallam


Satu peluru hanya mampu menembus satu kepala,tapi satu tulisan mampu menembus ribuan bahkan jutaan kepala - Sayyid Qutb




Wednesday, October 3, 2012

Aku, Kau, dan Dia

maaf, tajuk ala2 novel tp bkn novel.....inilah perjalanan 3 manusia yg ditakdirkan oleh sang pencipta....3 manusia latar berbeza , satu agama..yakni islam

AKU~


5 tahun dahulu
seorng yg nakal, bekas pelajar sains agama, tp ciri2 perwatakan tidak seperti rakan sekelas yg lain, yg mengambil aliran agama...kalau ada ceramah agama , erm memberontak dalam hati, tp ALLAH masih lagi memberi peluang kepadanya utk hadir dalam majlis ilmu..dikelilingi sahabat2 yg baik, yg mendekatkan diri kepada ALLAH...sahabat yang sentiasa menyokong..setelah meninggalkan zaman persekolahan mendapat tawaran belajar di sebuah kolej swasta.. p/s : bila kolej swasta keadaan sosial di situ agak merungsingkan...kadang2 hanyut...sedar akan hilang jati diri..tiba2 ALLAH hadirkan rasa rindu , rindu akan suasana sek. beragama..te rasa kehilangan sesuatu yg sgt besar dlm hidup...cuba mencari kembali diri...nekad untuk mencari kembali diri yg hilang..dan ALLAH itu sebaik2 perancang...ALLAH damparkan aku di satu tempat, di mana islamnya asing, tp di situlah aku mengenal lebih dalam lg mengenai islam..dan ALLAH hadirkan insan2 utk mentarbiah diri....alhamdulillah masih di sini..dan smeoga terus thabat di jalanNYA....amiin


KAU
 2tahun sebelumnya

perkenalan aku dan kau x seindah yg dijangka..dingin pada mulanya..tp akhirnya menghasilkan bibit persahabatan yg indah..KAU jg x kurang nakalnya..tp lebih nakal lg 10x aku....up to date..suka menyakat ditakdirkn ALLAH , nasib kurang menyebelahi, meninggalkan bumi di mana islamnya asing..balik ke MAS...tp ALLAH itu maha berkuasa..di MAS itu dia lebih mengenal islam..berbakti pd agama...masih aktif dlm tarbiah...perangai berubah 180degree..mean perubahan yg sgt ketara dr sebelumnya..Aku pun terkejut melihat perubahan Kau..Kau x lupa sentiasa mengingatkn Aku tentang maha berkuasa


DIA
5 tahun dahulu

Kawan yg baik bg Aku...nakal, smoker, pernah fly dr sekolaha asrama...pernah digantung sekolah beberapa hari..bdk aliran sains...seorng yg genius...ditakdirkan ALLAH Aku dan Dia berpisah walaupun sama2 apply MARA utk medic...terpisah ketika kolej persediaan..persediaan di KTT...erm  KTT ada usrah, tp ALLAH tidak mentakdirkn lg Dia utk memilih jalan itu..dan ALLAH bawa Dia ke india...x berhubung dgn dia,,satu hari terbaca status dia “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153) tergerak hati bertanya...kenapa Dia berubah...tanya dia, kenapa? mngkin sbb ikut usrah....Aku terkesima dan mendoaknnya supaya terus thabat di jalan ALLAH...


Mengapa bercerita tentang 3 watak yg berbeza...ketiga2 bermula dr jalan yg berbeza , personaliti berbeza...tp ALLAH itu maha penyayang, masih memberi peluang kepada hambanya utk mengenal keindahan islam...
tidak kisahlah bagaimana kita bermula, walau pincang pada awalnya, yg menjadi ukuran bagaimana kesudahannya..jika ALLAH memberi kita peluang menghirup udara, merasa indahnya dunia, dan jika ALLAH menunjukkan jalan, tiada salahnya jika kita berpegang pada jalan ALLAH..

jika kelmarin dia lh yg paling jahat, jika semalam dialh yg paling baik, tp hari ini dia tidak semestinya apa dia pada semalam...kerana hidayah itu milik ALLAH....dan siapa kita hari ini tidak menentukan siapa kita pada akhirnya..wallahuallam....

p/s : biarlah rahsia siapa AKU, KAU dan DIA.... point of thh story..manusia itu boleh berubah, dan hidayah ALLAH itu x siapa sangaka..wallahuallam

Friday, June 22, 2012

IBRAH dr kisah nabi MUSA...

dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang..

Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman."(Ali-Imran, Ayat 139)
sweet kan ayat ALLAH ni...ALLAH pujuk hambanya dgn bait2 kalam yg sgt menenangkn..
La takhof Wa la Tahzan Innalaha maa'na~ Jangan takut jgn sedih, sesungguhnya ALLAH bersama kita..ye ALLAH bersamamu setiap langkahmu...malah aturan kehidupanmu jg adalah dari yg ESA..manusia hanya merancang namun ALLAH jualah yg menentukan...

di saat kesibukan exam final, dan mngkin kadang2 kita terpatah semangat, terkulai layu, hilang momentum. kembalilah pd sang pencipta..mungkin siri2 kelemahan dan kesedihan kita itu adalah signal dr yg esa supaya signal kita kembali terarah kpdNYA..bkn pada dunia semata2..kadang2 sy sendiri terlalu memikirkan apa yg bakal terjadi, nasib exam oral sy, sedangkan masa depan bknlh di tangan kita..tp selagi kita mampu berusaha kita buat part kita...the rest leave to HIM =). Dan sudah tentu doa itu sendiri senjata mu'min ..

ketika berbulatan gembira , diilhamkn ALLAH maka bertadaburlh kami ayat -al quran yg sungguh indah surah Taha ayat 13-51...

mmg kene pd situasi genting exam ni..tertarik sy pd kisah nabi musa , tercatat kemas dlm lembaran sirah kisah nabi Musa dan firaun...dan bagaimana siri -siri tarbiah yg ALLAH hadiahkn pd nabi Musa ini...mengimbau kembali sejarah kelahiran nabi Musa, di mana ibu baginda  menghanyutkan baginda ke sungai.. surah taha ayat 39
 "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya" dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.


..lihatlh bagaimana si ibu tawakalnya pd sang pencipta, yakin bahawa ALLAH yg esa akn menjaga anak tersayang..cuba byngkn situasi hati seorang ibu, melepaskn anak yg dikandung sembilan bulan dan dihanyutkn..tanpa tawakal dan kepercayaan sebenarnya pd yg esa, mustahil seorang ibu mampu melakukan perkara yg sebegini memilukan..ALLAH jg mengilhamkn ibu baginda utk menyusukn baginda sebelum dihanyutkan ke laut...

Dan baginda dipungut oleh isteri firaun..
..apakh significant, penyusuan baginda oleh ibu baginda? apabila diberi susu selain dr ibunya, baginda tidak menerima susu tersebut.lalu saudara perempuan baginda mencadangkn kepada isteri firaun ibu baginda supaya menjadi ibu susu kpd baginda.
p/s berdasarkn surah Taha ayat 40  :

"Tatkala saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu: "Mahukah aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang tenteram hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan wahai Musa!


Dan berdasarkn ayat tersebut, baginda diuji oleh ALLAH dlm beberapa siri cubaan...dan itulah TARBIAH dr ALLAH utk baginda dlm mendidik baginda menjadi seorang nabi yg hebat bahkan mampu melawan firaun.. Lihatlh bagaimana aturan ALLAH yg cukup indah, bagaimana ALLAH aturkan Musa dan ibu baginda dipertemukan kembali..dan bagaimana ujian2 mampu melatih jiwa baginda menjadi kental dan berani.. 



Begitulah juga dgn kehidupan kita ini...ada ujian yg melanda, dan setiap ujian itu ada ibrahnya tersendiri

wallahuallah, yg baik datangnya dr ALLAH yg buruk dtngnya dr sy sendiri


Moga ALLAH permudahkn urusan kalian.. bitaufiq wa najah =)










Monday, May 21, 2012

kerana takdir itu di tangan ILAHI

dgn nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang
ALHAMDULILLAH, ala kulli hal..
manusia hanya merancang tp ALLAH yg menentukan. manusia seringkali menginginkan yg terbaik utk dirinya. tp manusia lupa sesuatu yg dianggap terbaik pd manusia itu mungkin lain pula pada percaturan yg esa.. ye manusia yg kdg2 alpa, berfikir berlandaskn ilmu yg x seberapa,akal yg cetek ditambah pula dgn hawa nafsu dan ketamakan dunia.

 kdg2 x semua perkara yg kita idamkn mampu kita miliki..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-SURAH AL-BAQARAH AYAT 216

hari ini test praktikal fisio, byk ibrah yg dpt diambil. ALLAH ajarkn sy something. erm. kdg2 kita fikir yg kita boleh buat sesuatu kerana usaha kita, tp hakikatnya ALLAH yg menentukan segalanya..mmg benar usaha itu perlu ada, tp setakat mana rezeki kita ALLAH yg bagi...usaha penting, tp di mana kita letak ALLAH dlm usaha kita tu... =)
dan sebelum masuk praktikal exam, sy ckp kt someone yg kalau kita  x berpuas hati dgn apa yg kita ada pandanglah lg pd mereka yg lg kurang bernasib baik dgn kita..insyaallah xdelh kita rsa tension sgt dgn kehidupan ni..

terkesan sgt dgn ayat al quran ini yg berbunyi
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS al-Hadid (57): 22-23) 


dan pd musim exam ni jgk..kita jgn lupa akan konsep tawakal..tertarik dgn kuliah yg disampaikn oleh DR MAZA..tawakal adalah kejaiban dalm hidup...



sesuai di musim kehangatn exam..mari berusaha bersungguh2..tp ingat tawakal kita harus pd yg esa.. bkn pada lecturer, bkn pd soalan, bkn jg pd usaha kita, tp pd ALLAH yg esa. alhamdulillah ats segala pengajaranMu ya ALLAH...wallahuallam
 


 


Sunday, March 11, 2012

melepaskn pergi? tinggalkan buat selamaya?

benarlah susah sekali utk kita lepaskan apa yg kita sayang.. kerana perasaan sayang itu telah sebati dlm jiwa kita..alangkah indahnya perasaan sayang kita itu kita hadirkan pd selayakNYA..

Melepaskan dlm erti kata meninggalkan, melupakan dan x akn kembali pd perkara yg kita syng itu yg mana kebanyakannya adalh perkara yg sia-sia bukanlah perkara yg boleh dilakukan dalam sekelip mata. tp x mustahil utk meninggalkannya
..mngkin setengah org karat jahiliahnya adalah cerita2 korea, movie, yg nmpak tp ada karat jahiliah lg bermasaalah yakni karat jahiliah yg berkaitan dgn hati, sifat berburuk sangka, mudah berkecil hati, cepat terasa, riya;, takbur, merasakan akulh yg terbaik,pemarah, inilah karat2 jahiliah yg x terzahir di mata kasar tp mampu menggoncangkan imam, tanpa kita sedari, kita memilikinya, sekelumit tanpa kita sedar sifat2 begini telah menjadi sebahagian dr diri kita...

mintalah pd yg esa, mintalh padaNYA yg berkuasa agar sifat mazmumah ini terkubur layu dan terus hilang dari diri kita..



pernah satu ketika diri ini tewas, dan terus hanyut dlm jahiliah...terasa lumpur2 jahiliah itu cukup indah, hakikatnya paling kotor dan paling jijik untuk didekati


Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

saya sendiri insan yg lemah seringkali tewas dlm bisikan nafsu sendiri, tewas dgn hati dan perasaan..marilah kita saling berpesan ke arah kebaikan

dunia ini hanyalah sementara...akhiratlh tempat yg kekal abadi

wahai sahabat, wahai adik2ku syng, aku bknlh yg terbaik di kalangan kalian utk menasihati, tp kerana sayangku terhadapmu, marilah kita sama2 membantu , membuang karat2 jahiliah ini, semoga kita sama2 mengejar redha ALLAH

P/S; sy juga bkn insan sempurna, jika ada terlihat kesalahan, kekurangan tegurlah sy dgn berhikmah =) insyaallah





About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~