There was an error in this gadget

Friday, May 20, 2011

terminal penyucian~

mencari syurga yg hakiki memerlukan pengorbanan yg sgt tinggi~

dan jika dihintung amalan hamba yg hina ini berbanding rahmat kurniaan ALLAH yg amatlh luas, amatlh tidak layak utk memperoleh syurga dariMu~ melainkan hanya dgn rahmatMu
semoga kita terpilih menjadi insan yg mendapat rahmat ALLAH s.w.t.. INSYAALLAH

hari ini alhamdulillah mendapat ilmu mengenai terminal penyucian~
utk menjadi layaknya seorg hamba bergelar ahli syurga perlulah zero dr dosa~ erm zero dr dosa mmg mcm mustahil j bunyinyer kn utk kita2 yg mudah alpa dan sentiasa diselubungi dosa

jom kita selidiki 11 terminal penyucian

terdapat 3 kategori utk terminal penyucian
yg pertama~ terminal dunia
kedua~ terminal di alam kubur
ketiga~terminal akhirat


TERMINAL PERTAMA~DUNIA

1-memohon taubat ( cuba bayangkan memohon taubat itu sudah tentu lebih mudah berbanding merangkak 2 di titian sirat )
2-sentiasa beristighafar~ ringan di bibir tp besar timbangannya~ sedangkan nabi muhammad s.a.w pun berzikir ada riwayat mengatakan 70x sehari, ada juga riwayat mengatakn 100x
3-sentiasalah berbuat kebaikan~ jom kita halusi surah hud ayat 114 yg berbunyi
dan laksanakanlah salat pd kedua ujung siang (pagi dan petang ) dan pada bagian permulaan malam. perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. itulah peringatan bg orang- orang yg selalu mengingat ALLAH
4-bersabar apabila ditimpa ujian~ALLAH nk bg upgrade iman hambanya melalui tarbiah sebegini..INSYAALLAH..diceritakn mengenai saidina ali sehinggakan jika x ditimpa ujian pd dirinya beliau merasakan ALLAH x sayang akan beliau..masyaallah smpai tahap tu sekali..so dapat ujian tanda ALLAH sayang~ p/s : sebenarnya penulis pun takut kalau ditimpa ujian~ takut x dpt hadapi ( jelas sekali penulis x bersedia)

TERMINAL KEDUA`ALAM KUBUR
5- solat jenazah antaRra peluang yg ALLAh hadiahkn utk hambaNYA utk menyucikan diri dr dosa
6-fitnah kubur( maksud di sini seperti kubur sprti jurang dr neraka disempitkan kubur, antara sbb ditimpa kejadian dlm kubur adalah cara penyucian dosa
7- amalan yg tidak terputus~ ilmu yg diajar bermanfaat, doa anak soleh, sedekah (amal jariah)

TERMINAL KETIGA~ AKHIRAT
8- kegerunan di saaat hari kiamat itu sendiri utk menghapuskan dosa manusia ~
bg mukmin sejati ketika hari kiamat itu ibarat solat 2 rakaat tidak terasa penat~dahaga~ lapar kerana mrk telah suci yakni tiada kesalahan
9~ saat berdiri di ahdapan ALLAH
10~ syafaat drp nabi muhammad .s.a.w
11~ keampuanna dr ALLAH snediri ~ rahmat ALALH sgt luas


yg baik itu datangnya dr ALLAH yg buruk itu dtngnya dr sy sendiri~ semoga kita sama2 menjadi umat islam yg lebih baik dr semasa ke semasa~ insyaallah



Sunday, May 8, 2011

ALLAH tidak pernah tinggalkan kita

sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, mengalami kekecewaan, kegagalan,~
nothing in this world is static, otherwise we got bored. there ar ups and down but remeber PATIENCE is the way to go....
sebelum terbitnya indah si pelangi, sudah tentu ada hujan pd permulaannya..begitulah jg dianalogikan dgn kehidupan manusia...setiap kesusahahan itu pasti ada hikmah tersembunyi..like english word every cloud has its silver lining ~

ingin sy kongsi sebuah kisah baginda yg berkait rapat dgn asbabul nuzul surah ad-duha... pada saat itu nabi telah lama tidak menerima wahyu drp ALALH s.w.t..kaum kafir quraish mengherdik dan mencerca nabi spt mengatakan ALLAH sudah tidak sayangkan kamu..tatkala peristiwa itu berlaku nabi merasa tekanan yg sangat besar...lalu dgn kasih sayang ALLAH untuk memujuk nabi,
maka turunlah ayat AL-QURAN yg cukup indah yakni surah AD-DUHA

di mana tafsirnya berbunyi
1~Demi waktu duha (ketika matahari naik sepenggalah)
2~dan demi malam apabila telah sunyi
3~Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu

halusilh ayat yg ke -3..anggaplah sbg ALLAH sdng berbicara pd kita bahawa ALLAH tidak pernah meninggalkan kita~

pernah x dlm hidup kita rsa kecewa~ dan dlm masa yg sama~ kita tercome across article k ayat al-quran k, yg sesuai tepat pd waktunya memujuk kita...
ALLAH itu maha penyayang~ dan ingatlah ALLAH itu adalah sepertimana sangakaan hambanya padanya~
oleh itu JOM KITA BERBAIK SANGKA dgan pencipta kita~ sekadar peringatan pada diri yg sentiasa lemah dan cepat putus asa..yg baik datangnya dr ALLAH yg buruk itu datangnya dr kelemahan sy sendiri

Friday, May 6, 2011

20 amalan murah rezeki~

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com

Sumber Asal : Majalah ANIS

About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~