There was an error in this gadget

Thursday, July 21, 2011

satu keinsafan~

Alhamdulillah~ selamat sampai k KLIA~
pelbagai cerita dpt ku coretkan buat catatan kali ini.
kisah perjalanan dr prague k dubai kali ini agak mencabar~ situasi cemas menyelubungi seluruh kabin~ safety seat perlu dipakai most of time..
after perjalanan hampir berusia dua jam tiba2 kapal terbang boeing terumbang ambing, sedikit menerjah ke depan seluruh isi pesawat, hampir tehuyung hayang badan penumpang~ aku sebelum ini x pernah ,mengalami situasi begini, berdebar bukan kepalang. terfikir adakah ajalku sudah tiba? bersediakah aku utk menemui yg esa? terdengar suara2 mak cik2 arab bertakbir, mengucap x kurang juga isi penumpang lain yg bertempik.. alhamdulillah perkara itu x berlanjutan panjang, mungkin dlm 5-7 minit sahaja~ tp byk ibrah yg boleh kita ambil drp situasi di ats` akak senior ku yg satu flight dgn aku berkata~ mungkin ALLAH nk timbulkan ketakutan dalam hati manusia supaya kita sentiasa mengingatiNYA..INSYAALLAH~ yelah manusia ni lalai ..al-insan dlm bahasa arabnya sendiri diterjemah drp perkataan lupa~

ALLAH lah sebaik2 penolong manusia~

memetik surah al-imran ayat 160 yg berbunyi

Jika ALLAH menolong kamu, maka x ada yg dapat mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan ) maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Karena itu hendaklah kepada ALLAH sj orang2 mukmin bertawakal~

next stop KLIA~ kt cni ALLAH mentakdirkan jumpa mak cik2 yg bakal menunaikan umrah dgn haji~ bersembang lh dgn seorg mak cik ni..timbul bibit keinsafan di hati... tanya dia mak cik dtng sorang j k? mak cik jawab ye.. x nk susahkan saudara kt cni.. anak mak cik mcm mna? anak mak cik sibuk..walaupun tenang mak cik itu menjawab jauh di lubuk hatinya aku tahu dia sensitif. dia ckp dia nk berpuasa kt mekah suasananya meriah, klu kat MAS x de siapa2 dia sorang j kt rumah..dia cakap waktu inilh kalau boleh nk kutip amalan selagi mampu...

aku terfikir mcm mnalah aku nnti bila besar? adakah aku mampu melaksanakn tanggungjawab sbg anak dgn sempurna~ wallahuallah..persoalan ini hanya ALLAH yg tahu dan jawapan ini kalau aku inginkan jawapan yg terbaik akulah yg kena didik aku dr sekarng~ INSYAALLAH

Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik )kepada kedua org tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yg bertambah-tanbah, dan menyapihnay dalam usia 2 tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua org tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu~
31:14

semoga bermanfaat~ INSYAALLAH


Monday, July 18, 2011

DUNIA= penjara???


kutulis cebisan2 kata hari ini, dan semuanya adalah ilham drp ALLAH, semoga bait2 kata ini bakal memberi manfaat pd kita yg msh berjuang, tidak kiralh perjuangan dlm peperiksaan mahupun perjuangan dalam menegakkan syiar islam.

ingain sy kongsi satu hadith yg sy dengar dr seorng senior melalui satu program


Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)..

erm mengapa begitu ironinya dunia disifatkan sbg penjara bagi umat islam? hakikatnya dunia ini adalah persinggahan semata2, di dalam AL-QURAN mahupun hadith2 tercatat kemas mengenai larangan2 ALLAH...tentu berat sekali bg seseorg utk menjauhi larangan ALLAH seperti jangan mengumpat, jangan mengkeji, jangan meyakiti, jangan berzina, jangan berjudi dan pelbagai lg larangan. Larangan ini bukanlah utk menyusahkan umat islam sebaliknya utk menjaga kemashlahatan umat uslam..insyaallah~

memanglh sukar utk melaksanakan syariah islam, MAsakan mudah sedangkan syurga itu manis. masyaallah indahnya syurga. di dalam al-quran diceritakan mengenai syurga, seperti dlm surah AL-WAQIAH, dan terdapat jg dlm ayat2 lain. keindahan syurga itu seharusnya memotivasikan diri kita utk mengejar syurga..INSYAALLAH~

DUNIA ini adalah tempat utk menanam, akhirat jualah tempat utk menuai~

jika baik tanaman di dunia, insyaallah indah jg tuaian di akhirat~ insyaallah










Sunday, July 3, 2011

kita usaha, kita cuba

baiklah berapa ramai dalam kalangan kita yg takut mencuba?? erm sy sendiri pun seorang penakut. jom kita kupas isu exam oral di czech.

memang takut exam oral ni, sbb melibatkan mood pemeriksa...
sometimes it doesnt matter how good u ar or sebaliknya..

tp sebagai seorang muslim kita percaya akan konsep rezeki..kalau memang rezeki kita lepas exam tu even x habis baca contohnya anatomy 200 oral question~ TP kalau ALLAH bg rezeki kita dpt soalan yg kita baca dan ALLAH lembutkan hati pemeriksa..
ingat ALLAH yg pegang hati pemeriksa dan ALLAH lh yg melancarkan segala tutur kata kita dan drp ALLAH lh jg kita mendapat ilham..
dan konsep tawakal sgtlh perlu dalam menghadapi ujian sebegini..
seperti dalam surah AL-TALAQ ayat 3
dan Dia memberinya rezeki dari arah yg tidak disangka2. Dan barang siapa bertawakal kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan-NYA, sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bg sesuatu..


seiring dengan tawakal usaha juga harus dilakukan..

dan semestinya exam oral ini menimbulkn rasa gusar yg amat sgt di hati student2..apabila timbul perkara begini, student tidak berani ataupun tiada kekuatan utk menghadapi exam..dan sudah tentu perkara yg ditakuti adalah fail..ye sbb once u failed, it is really hard to build it up again. thats the reality..but when u believe in ALLAH, INSYAALLAH everything will be fine..


Semua orang inginkan syurga, tp kebanyakan orang takutkan mati,
semua orng ingin lepas exam, tp kebanyakan orang takut fail( erm sy sendiri pun takut sgt..tipulah x takut)

tp mcm mana kita nk tahu kita pass or sebaliknya kalau kita x pergi exam tu..mungkin ALLAH nk bg rezeki pd hari tu, tp disebbkn kita x pergi maka x dapatlh rezeki tu..dalam mengejar rezeki itu kita juga haruslah ada usaha, sepertimana kita ingin mengejar syurga, kita cuba utk berusaha ke arahnya..INSYAALLAH..

p/s : sedng melatih diri utk BERUSAHA utk menghabiskan soalan anatomy..ya ALLAH permudahkan urusan kami, dan sahabat2 kami, senior2 kami..sesungguhnya semua keputusan dan rezeki terletak padaMu ya ALLAH...



About Me

nothing nothing nothing extraordinary..hehe..just a simple person..i m trying my best to be myself..alhamdulillah~ currently doing medicine in czech republik~